JABATAN
JABATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
NAMA & KOD KURSUS
DUA2012
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
EN.
SUFFIAN BIN MOHD FABILAH
TAJUK TUGASAN
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
NAMA AHLI KUMPULAN
NO
|
NAMA
|
NO
MATRIX
|
1
|
NUR HIDAYAH BINTI MOHD SAH
|
25DNS15F1078
|
2
|
NUR SHAHIRAH BINTI HUSIN
|
25DNS15F1060
|
3
|
UMI NURHANIS BINTI SAMIAN
|
25DNS15F1122
|
4
|
NUR DHANIA BINTI MOHAMMED SAFI
|
25DNS15F1123
|
1. PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah SWT pemilik
sekalian alam, syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia rahmatnya, kerana
telah memberi keizinan kepada kami untuk menyiapkan tugasan projek kami iaitu
penulisan blog, serta Selawat berserta salam kepada junjungan besar nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar iaitu ustaz suffian bin
fabillah kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta berkongsi
maklumat dalam menyiapkan penulisan blog ini.
Sekalung penghargaan juga buat kedua ibu bapa kami yang memberi semangat dan
dorongan untuk menjayakan blog ini. Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya
hulurkan kepada ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
sepanjang menyiapkan blog ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan
dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan
dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan penulisan blog ini.
2. PENDAHULUAN
Kaedah dari segi bahasa bermaksud
tapak, asas rumah dan prinsip, Fiqh pula bermaksud suatu kefahaman dan kaedah
fiqh ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu
tertentu. Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang
hukum-hukum yang umum. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan
oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul
saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif
dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Antara salah satu kaedah fiqh yang
dibincangkan ialah kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan dan
yang kedua ialah kemudaratan hendaklah dihilangkan.
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud
apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan
yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk
mengatasi kesulitan yang dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan
memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu.
Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya
tidak mampu dia boleh berbaring. Kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita
bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi
keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih
dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
Bagi kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan bermaksud sesuatu perkara
yg boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan mestilah dihapuskan. Contohnya
pembeli boleh mengembalikan semula barang yang dibeli kepada penjual kerana
terdapat kecacatan. Oleh itu, kaedah ini menunjukkan bahawa apabila berlaku
sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib
dihilangkan daripada terus ditanggung.
3. KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN
APLIKASINYA
Perkataan Fiqh merupakan percahan
bagi kata dasar fiqah dan diulang sebanyak 20 kali dalam Al-Quran. Maksud Fiqh
dari sudut bahasa ialah memahami dan mengerti kerana setiap ilmu datangnya dari
allah. Dari sudut istilah pula, mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan
dengan hokum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan
terprinci yang diambil daripada dalil yang terprinci.
3.1 Kesukaran Menjadi Sebab Kepada
Kemudahan Dan Keringanan
Musyaqqah (kesukaran)
Tujuan :
1) Kesukaran yang mendatangkan
kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada garis kesukaran biasa
seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta membawa kepada
kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah sebagai
pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah
2) Kesusahan yang membawa
kemudaratan.
Sebagai contoh:
• Dibenarkan tidak berpuasa bagi
orang yang sakit tapi wajib mengqadakan Diharamkan rukhsah
3) Kesusahan yang tidak membawa
kepada kemudaratan.
Sebagai contoh:
• Tidak berpuasa pada hari tersebut
disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.
3.2 Kesukaran Menyebabkan Berlakunya
Kemudahan Dan Keringanan
1) Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan
orang yang tidur sehingga ia sedar
2) Jahil
Kejahilan dimaksudkan merujuk kepada
hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia atau kejahilan juga bermaksud
suatu keaadaan tidak tahu perkara sebenar
3) Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan
kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya
seseorang dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan
dirinya andai ia berwuduk
4) Musafir
Seseorang dibenarkan bermusafir jika
dengan tujuan yang baik untuk menyempurnakan kewajipan tertentu. Contohnya
seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan
solat fardhu yang penuh
5) Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan
sesuatu ibadat dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak
dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa
6) Paksaan
Paksaan yang diterima bagi
melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk
menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat
7) Umummul Balwa
Perkara yang telah diterima dan dimaafkan
bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai
pakaian
3.3 KONSEP RUKHSAH
1) Pengguguran
Digugurkan atas sebab tertentu yang
boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan
disebablan kesakitan yang berat.
2) Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan
ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara.
Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4 rakaan kepada 2 rakaat.
3) Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk
mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang
tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.
4) Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu
ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayammum
untuk mengantikan wuduk.
5) Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam
melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran.
Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.
3.4 PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH
1. Sebarang kesukaran yang berlaku
dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang
membolehkan rukhsah terpakai.
2. Pertimbangan untul mencipta
sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai
konsep rukhsah.
3. Kaedah ini tidak diambil mudah
untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji
bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.
4. Kejujuran dan sikap
betanggungjawab yang maksima diperlukan oleh para saintis teknoriat dan
jurutera dalam menjalankan peranan mereka kewajaran dan keelevanan dalam
sesuatu perkara yang dihasilkan.
3.5 KEMUDARATAN YANG HARUS
DIHILANGKAN
1) Kemudaratan-sesuatu yang boleh
mendtangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti Agama,nyawa,maruah,
keturunan,akal, dan harta.
2) Kemudaratan adalah ancaman yang
mengundang bahaya dalam kehidupan manusia.
3) Islam mengharamkan segala
tindakan yang membawa kepada diri sendiri,orang lain dan alam sekitar.
4) Ukuran kemudaratan merujuk kepada
impak buruk atau negatif menurut perspektif agama dan norma masyarakat yang
tidakbercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat. Contohnya islam menetapkan
etika berpakaian yang tertentu kepada lelaki dan perempuan.fesyen pkaian yang
boleh memudaratkan pandangan, perasaan, akal, dan hati dianggap haram oleh
islam.
3.6 PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH
KEMUDARATAN DIHILANGKAN
1) Kaedah kemudaratan hendaklah
dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.
2) Bukti kukuh bahawa ciptaan sains,
teknologi dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan
kemudaratan dalam hidup manusia.
3) Sebagai contoh, hubungan manusia
sentiasa dekat dengan medium telekomunikasi dan ICT walau dimana jua berada.
4) Kemudaratan yang timbul sebelum
wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan.
5) Tetapi kemudaratan yang lain pula
timbul iaitu apabila ketiadaan iman dan akhlak menyebabkan kecangihan tersebut
disalahguna untuk mengaut keuntungan. Selain itu, kerosakan akhlak dan krisis
amalan untuk bekalan selepas mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia.
6) Akibatnya ciptaan teknologi dan
kejuruteraan sekadar memudahkan sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir
serta kos membendung dan merawat penyakit yang timbul daripadanya
berganda-ganda beratnya.
7) Ia juga boleh membolehkan sesuatu
kemudaratn yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang asalnya
terlarang atau haram untuk diklaksanakan atau digunakan. Contohnya, keharusan
doctor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan
tetapi dengan syarat tiada doctor wanita yang boleh merawatnya.
8) Kemudaratan tidak boleh
dihilangkan dgn kemudaratan yang setaraf dengannya.sebagai contoh seseorang itu
tidak boleh menghasilkan sesuatu yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk
seperti penggunaan arak samaada untuk dimakan atau digunakan atas alasan biasa
masih dihukumkan haram. Jika digunakn untuk menjadi penawar terbaik dalam
perubatan maka penggunaan tersebut dibenarkan.
9) Kaedah “menolak kerosakan menjadi
keutamaan daripada menganbil kebaikan” ini menuntut apa jua program dalam sains
teknologi kejuruteraan hendaklah mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan
berbanding kebaikan.
10) Kesimpulannya, kaedah ini
memberikan satu panduan umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera
tentang pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan.
11) Tiada istilah kerana kepentingan
manusia semua perkara menjadi halal.
12) Konsep kemudaratan dan kesukaran
serta kebaikan sewajarnya diberikan makna yang sebenar berasaskan panduan islam
dalam kaedah-kaedah fiqh
4. KESIMPULAN
Syariat Islam tidak
mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan
sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu
yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka. Walaupun
terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian
manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah S.W.T, maka
tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-kaedah
dalam syarat islam. Oleh itu, Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan
kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh
islam maka ia akan memberi kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang
itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat
melakukan urusan dengan mudah. Islam dan syari’at juga bersikap amat
bertoleransi dan memahami akan keadaan umatnya. Walaupun keseluruhan syari”at
itu diturunkan kepada manusia bagi memelihara kemaslahatan tetapi as-Syari’at
sedar akan kedudukan umat yang sekali sekala terjatuh ke suasana kehidupan yang
bukan normal. Maka dengan itulah as-Syari’at memberikan kelonggaran dan
kemudahan dari beberapa segi dan sudut, semuanya disediakan bagi tujuan menjaga
kemaslahatan dan menghindar kemudaratan umat dalam keadaan sedemikian. Setiap
keadaan itu dijelaskan situasinya dan dikatergorikan kedudukannya dan setiap
kedudukannya itu mempunyai tahap-tahap dan syarat-syarat kelonggaran hukumnya.
Bagi mempraktikan kemudahan agama setiap individu wajib
tahu keadaan dia yang sebegini dibolehkan atau tidak serta apakah yang
dimaafkan dan sekadar mana kebolehan dan kemaafkan itu diberikan. Faktor paling
utama yang menjamin di sisi Allah S.W.T kebolehan dan kemaafan dalam keadaan
tidak normal atau sulit itu ialah keikhlasan seseorang dalam menghadapi keadaan
tersebut. Dalam erti kata lain, sengaja atau tidak sengaja merupakan tali
pengukur di sisi Allah Azza waJallah dalam menerima perbuatan seseorang itu
dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang
dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah niat serta bisikan hatinya.
Akhir kata, darurat adalah bertujuan membolehkan umat manusia meneruskan
kehidupan mereka walaupun dalam kesempitan dan membantu mereka keluar semudah
mungkin dari suasana sedemikian. Terimalah kemudahan isi sebagai sesuatu yang
membantu kea rah tujuannya dan janganlah pula diadikan sebagai sesuati yang
membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami.
5) BIBIOGRAFI
Abdullah Basmieh, Syeikh, (2010), Tafsir PEMIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al -Quran. Kuala
Lumpur: Terbitan Darul Fikir.
Anwar Fakir Bin Omar, (1999), Kaedah Fiqh Dan Hubungkaitnya Dengan Permasalahan Fiqh. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pengajian Islam.
Mohd Soleh Bin Hj. Ahmad, Hj, (1999), Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah.
Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka,
Jabatan Pengajian Politeknik, (2016), Sains
Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam. Merlimau, Melaka: Politeknik
Merlimau.
Jalaludin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Imam, (1999), Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Shafi’I.
Selangor: Terbitan Darul Iman.
Hasmidah Ibrahim, (2015), Kesukaran Menjadi Sebab Kemudahan dan Keringanan:
http://djoharilife.blogspot.my/
Nur Lihana Hani,
(2012), Qawaid Fiqhiyyah (Kemudaratan
Dihindarkan): http://norlihanahani.blogspot.my/2012/09/qawaid-fiqhiyyah-kemudaratan-dihindarkan.html
No comments:
Post a Comment