Monday, 14 March 2016

6) KONSEP KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

1.PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kami ke hadrat llahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan projek ini dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan terima kasih kepada Politeknik Mersing Johor kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan projek ini dengan kemudahan perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

           Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Suffian Bin Mohd Fabillah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, tidak lupa juga kami mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang memberi sokongan serta dorongan. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin kami tidak dapat menghasilkan projek ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan projek ini.

           Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

2. PENDAHULUAN

Dari  segi  istilah  fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifar umum yang diambil daripada dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hukum - hakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk perbuatan hati.

            Di samping itu juga, Manhaj bukanlah teknik atau sistem kajian ilmiah sebaliknya ia adalah jalan (al-tariqah) yang akan memandu seseorang pengkaji menemui kebenaran sama ada dalam bentuk berita yang hendak dipastikan kesahihannya iaitu perkhabaran melalui periwayatan yang sampai kepada asal atau isu yang hendak dipastikan kebenaran atau kepalsuan buktinya.Manhaj ilmiah juga adalah suatu ilmu yang telah disaring serta lengkap yang boleh diyakini untuk dijadikan sumber ilmu.

            Syarat manhaj pula ialah ia mestilah yang telah sedia wujud dalam diri manusia iaitu secara semulajadi dalam dasar pemikiran manusia. Ia bukanlah ciptaan dan rekaan kerana jika ia adalah suatu rekaan, maka pasti memerlukan kepada manhaj yang lain untuk memastikan manhaj yang pertama tepat, benar dan seterusnya memenuhi spesifikasi ilmiah. Selain itu, melalui manhaj yang telah sedia wujud ini juga merupakan penyeru atau penyokong kepada pembaharuan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dipermain atau mengubah hukum syarak. Maka, asas-asas hukum yang hendak diperbaharui itu tidak akan terhasil dengan dawabit yang yang terikat kemas dan mempunyai manhaj yang mengawalnya.

            Oleh itu, pengenalan terhadap usul fiqh akan diterangkan secara terperinci dalam penulisan ini untuk kita mengetahui konsep asas kaedah fiqh dan aplikasi serta hukum  menggunakan kaedah usul fiqh. Definisi usul fiqh yang meliputi pentakrifan secara Idafiyy dan Laqabiyy, Mawdu’ usul fiqh, sejarah perkembangan, kaedah penyusunan serta faedah mempelajarinya akan dikupas secara terperinci di dalam penulisan ini.

3. KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

3.1 Definisi

Secara bahasa, fiqh bererti faham, dalam pengertian atau pemahaman yang mendalam yang menghendaki pengerahan potensi akal.Para ulama usul fiqh mendefinisikan fiqh sebagai mengetahui hukum-hukum Islam (syarak) yang bersifat amali (amalan) melalui dalil-dalilnya yang terperinci.Adapun para ulama fiqh mendefinisikan fiqh sebagai sekumpulan hukum amaliah (yang sifatnya akan diamalkan) yang disyariatkan dalam Islam.


"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu..." dan surah al-An'am ayat 65 yang bermaksud:

"...Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami."
Dalam pengertian istilah syar'i (yang berdasarkan syarak), kedua-dua makna di atas dikandung oleh istilah tersebut.
                                                                                                                   ( Hud: 91)


4. SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA ا لأمور بمقاصدها

4.1 Definisi

Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya. Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".


Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.

Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan garis panduan yang ditetapkan Syara’.


  • Perbezaan ibadat dengan adat dan perbezaan ibadat dengan ibadat lain:

a. Ibadat Dengan Adat
        i. Menahan diri dari makan kerana puasa atau mengurus badan.
       ii. Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban.
     b. Ibadat Dengan Ibadat Lain 
       i.Ibadat fardhu atau sunat.
       ii.Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.

4.2 Hukum dan Syarak

Hukum Syarak ialah "Ketetapan dari Allah s.w.t. ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditingglkan  atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya".Berdasarkan penelitian dalil-dalil Syara' iaitu Al-Quran, As-Sunnah,Ijma' dan lain-lain.

a.       Pembahagian Hukum Syarak
b.      Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
c.       Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan.
d.      Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada melakukan atau meninggalkannya).
e.       Perbuatan yang dituntut secara jazam iatu tuntutan mesti.
f.        Perbuatan yang dituntut secara tidak jazam iaitu tuntutan secara galakan bukan tuntutan mesti atau wajib.


5. KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK  اليقـين لآ يـزال بالشـــك

5.1 Definisi

Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk diragui keyakinan itu tidak diambil kira.Iaitu asal dan yakin tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan syak. Maksud keyakinan ialah sesuatu yang pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dalil dan bukti.Sebagai contoh, seseorang merasakan berlaku hadas daripada wuduknya dapat diyakini dengan angina yang keluar daripada duburnya atau terasa pada kulit atau terdengar pada telinga atau tercium baunya dengan hidungnya.

            Maksud syak atau keraguan ialah sesuatu keadaan di mana ia tidak pasti yang berada di antara kemungkinan ada sesuatu atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan yang mana di antara keduanya yang boleh dipastikan. Antara lain juga, apa yang dimaksudkan dengan syak ialah sesuatu pertentangan di anatara tetap dengan tidaknya.Dimana pertentangan tersebut sama banyak di antara kebenaran dengan keslahan, serta tidak dapat ditarjihkan salah satu daripadanya.

        Berdasarkan kaedah ini, sekiranya seseorang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya,kemudian timbul syak atau keraguan sama ada telah dihilangkan atau tidak atau belum,maka keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh berpegang dengan ragu-ragu atau perasaaan syak yang baru mendatang itu.Justeru itu,keyakinan asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu.

5.2 Kategori Syak

Berdasarkan kaedah asas sebagaimana dijelaskan, syak ada 3 jenis iaitu :

  • .       Syak Lahir Daripada Asal Usul Atau Sumber Hara.

                                i.             Contohnya, binatang sembelihan yang didapati dalam negara penduduknya bercampur antara islam dan bukan islam.Binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang islam.Ini kerana ia berasal dari yang haram, kecuali umumnya di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang islam.
                             

  •  .      Syak Lahir Daripada dasar Atau Sumber Harus
                                i.           Contohnya, seseorang mendapati air yang berada di dalam bekas tersebut telah berubah dan perubahannya ada dua kemungkinan.Iaitu sama ada disebabkan najis atau disebabkan lama tersimpan.Ia boleh bersuci menggunakan air tersebut berdasarkan anggapan air tersebut asalnya suci.

  • .       Syak Tidak Dapat Dipastikan Asal Atau Sumbernya Sama Ada Halal Atau Haram.
                                           ii.            Contohnya, seseorang berurusan dengan orang yang majority pendapatannya   dari  sumber haram, namun tidak dapat ditentukan serta tidak dapat membezakan sama ada dengan harta yang diambil daridapanya itu daripada sumber haram atau halal.Lantaran itu, berurusan dengannya harus, tetapi makhruh.Ini kerana dibimbangi daripada sumber yang haram.

5.3 Hukum dan Kaedah

              a.
       Wuduk Dan Solat
                     i. Seseorang yelah berwuduk dan mengerjakan solat, kemudian datang keraguan                                     selepasnyapakah dia masih berwuduk atau telah berhadas.Keadaan tersebut ditetapkan                         bahawa dia masih berwuduk, kerana dia telah berwuduk dan mengerjakan solat itu                                merupakan suatu keyakinan.

              b.
      Yakin Bersuci
                               ii.  Seseorang yang yakin bersuci, kemudian dia syak berhadas kemudian dia syak suci   dikira masih berhadas, kerana yang yakin itu dihilangkan dengan keraguan.

             c.   Percakapan
                                            iii. Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak                             termasuk cucunya menurut pendapat yang sah, kerana nama anak pada                                                  hakikatnyaadalah anak sejati.                                             





v




                  

No comments:

Post a Comment