Monday, 21 March 2016

5) KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH

( JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI )
NAMA & KOD KURSUS
DUA 2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
EN. SUFFIAN BIN FABILAH
TAJUK TUGASAN
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH

NAMA AHLI KUMPULAN
NO
NAMA
NO MATRIX
1.
NURAIFAA BINTI MUSTAFA
25DNS15F1048
2.
NUR MAISARAH BINTI ISMAHADDI
25DNS15F1009
3.
NOR AZIEFAH BINTI AZMI
25DNS15F1051
4.
NURULNASUHA BINTI MANAP
25DNS15F1063

                                               

1. PENGHARGAAN

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Titipan kesyukuran terhadap  Allah swt tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini.Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.


            Pertama sekali,kami tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti.Tanpa keredhaannya tidak mungkin kami mampu menyiapkan tugasan ini walaupun sedikit.


            Penghargaan ini kami tujukan kepada pensyarah kursus kami, En. Suffian Bin Mohd Fabilah kerana dengan izin Allah,beliau sudi menunjuk ajar kami.Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan dari Allah yang tidak ternilai harganya.


            Tidak lupa juga penghargaan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini.Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewanagan untuk menghasilkan tugasan yang bermutu ini.


            Kami juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang kami dambakan khususnya dalam menghasilkan tugasan ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat kami hargai.

2. PENDAHULUAN
Kaedah Fiqh adalah salah satu persoalan bagi kita semua khususnya bagi para pelajar Ramai di      antara kita yang kurang memahami bahkan ada yang belum memahami sama sekali apa itu kaedah Fiqh. Maka dari itu, kami cuba untuk menrangkan konsep kaedah Fiqh serta peranan kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam.


            Dengan menguasai kaedah-kaedah Fiqh kita dapat mengetahui benang merah yang menguasai Fiqh, kerana kaedah Fiqh itu menjadi titik temu dari masalah-masalah Fiqh, dan lebih arif dalam menerapkan Fiqh dengan waktu dan tempat yang berbeza untuk kasus, adat kebiasaan, keadaan yang berlainan. Selain itu, kaedah Fiqh amat berguna di dalam menyikapi masalah-masalah sosial, ekonomi, politik, budaya dan lebih mudah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang terus muncul dan berkembang dalam masyarakat.


            Kaedah Fiqh ialah prinsip-prinsip Fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum Fiqh.Terdapat pelbagai kaedah Fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan baru yang timbul. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberikan impak yang positif dalam memelihara kemslahatan ummah kini.Terdapat ilmu kaedah utama yang disepakatkan di kalangan fuqaha.Salah satunya ialah (kesukaran membawa kemudahan).


3. PERANAN KAEDAH FIQH

Terdapat beberapa peranan kaedah Fiqh yang diguna pakai dalam islam bagi merumuskan secara terperinci akan peranan sebenar kaedah Fiqh.Antaranya ialah :

a. Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.
-  Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan. Setiap persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi menentukan hukumnya.

b. Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan.

-  Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknorat dan jurutera mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan. Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.

c.  Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.


- Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan atau sampingan yang timbul dalam sains,teknologi dan kejuruteraan.

4. KONSEP KAEDAH FIQH

Kaedah fiqh adalah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu. Dari sudut istilah kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

 Sebahagian ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang.Amalan-amalan yang dilakukan muakllaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama Fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang yang berniat melakukan kebajikan yang tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia ditetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram. Hukum furuq yang terbentuk daripada kaedah seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan meyakini isterinya itu wanita lain, ia dikira berzina. Selain itu, seseorang yang minum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya.

Seterusnya, keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.

Selain itu, kesukaran diiringi kemudahan. Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan kemudahan dan wasilah kepada keringanan dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan. Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Terbentuk hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Ini agar syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan dimana sahaja dengan memberi kelonggaran dan keringanan disaat dan ketika seseorang terjebak dengan kesempitan dan kesukaran.


5.KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Kaedah Fiqhiyah (hukum) adalah dasar-dasar yang bertalian dengan hukum syarak yang bersifat menyeluruh (sebahagian besar bahagian-bahagiannya) dalam bentuk teks-teks perundang-undangan yang ringkas yang mengandung penetapan hukum-hukum yang umum pada peristiwa-peristiwa yang dapat dimasukkan pada permasalahannya. Sejarah Perkembangan Kaedah Fiqhiyah mengalami tiga fasa, yaitu Fasa Pertumbuhan dan Pembentukan, Fasa Perkembangan dan Kodifikasi dan Fasa Kematangan dan Penyempurnaan.

Kaedah Fiqhiyah memiliki kegunaan yang sangat besar bagi ahli fiqh sebab kaedah fiqh adalah sebagai pengikat (ringkasan) terhadap beberapa persoalan fiqh. Ia menguasai suatu kaedah yang bererti menguasai seluruh bab fiqh. Kaedah Fiqhiyah dapat dibagi kepada tiga bahagian besar, iaitu Kaedah Fiqh dari segi fungsinya; Kaedah Fiqh dari segi Mustasnayatnya (pengecualaiannya); dan Kaedah Fiqh dari segi Kualitasnya.

Dari sudut sumber, kaedah merupakan media bagi peminat fiqh Islam untuk memahami dan menguasai muqasid al-Syari’at, kerana dengan mendalami beberapa nashsh, ulama dapat menemukan persoalan esensial dalam satu persoalan. Dari segi istinbath al-ahkam, kaedah fiqh menurut beberapa persoalan yang sudah dan belum terjadi. Oleh kerana itu, kaedah fiqh dapat dijadikan sebagai salah satu alat  dalam menyelesaikan persoalan yang terjadi yang belum ada ketentuan atau kepastian hukumnya.


Selanjutnya, gagasan fiqh semasa ini perlu sama-sama disokong oleh kalangan ilmuan Islam di Malaysia, khususnya bagi memperlengkapkan lagi gagasan ini yang bakal diwariskan kepada generasi yang akan datang.

RUJUKAN

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali
            (2008) Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh
Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd

Akhmal Hj. Mohd. Zain
            (2004) Asas Pengetahuan Agama Islam (Tauhid, Feqah & Akhlak)
            Putrajaya : Al-Hidayah

Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau Melaka Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
            (2016) Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
            Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Tinggi

Md. Saleh bin Hj. Ahmad
            (1998) Qawaid al-Fiqhiyyah
            Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid

Mohd Saleh bin Hj. Ahmad
            (1999) Pengantar Syariat Islam
            Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid

Muhammad Yusri bin Yusof
(2000) Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia
Bangi : Disertasi Sarjana, UKM


LAMPIRAN

Rajah 1

Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.



Rajah 2
Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat seseorang.

Rajah 3

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie


Rajah 4

Salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul dimana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari Al-Quran atau As-Sunnah.




1 comment:

  1. T.kasih sangat appreciate sebab dapat jadikan sebagai panduan untuk folio kali ni.. alhamdulillah

    ReplyDelete