Monday, 28 March 2016

3) 5 PEMBAHAGIAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN



JABATAN

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NAMA & KOD KURSUS

DUA2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH

EN. SUFFIAN BIN FABILAH

TAJUK TUGASAN
5 PEMBAHAGIAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

NAMA AHLI KUMPULAN
NO
NAMA
NO MATRIK
1
AHMAD NAZMI BIN TASLIM
25DNS15F1084
2
LUQMAN HAKIM BIN ARIFFIN
25DNS15F1030
3
MUHAMMAD OMAR AIDIL BIN SAMSUDIN
25DNS15F1036
4
MUHAMMAD AMINUDDIN BIN MAZLAN
25DNS15F1108


DISEMBER 2015





PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta tabiin.Tajuk yang kami perolehi bagi tugasan e-folio Proses Kejadian Awan Dan Hujan Dari Perspektif Sains Dan Islam. Tajuk tugasan tersebut agak tidak mudah. Tapi kami berusaha bersama untuk menjayakan tugasan ini.
Pertama-tamanya kami tuntunkan ucapan alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa keredhaanNya maka tidak mungkin kami mampu menyipakan tugasan ini walau sedikit pun.
            Penghargaan ini  juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa doa keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan untuk hasilkan tugasan bermutu ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah iaitu Encik Suffian Bin Fabilah kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar waima mengganggu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.
            Kami juga ingin mendedikasikan penghargaan ini kepada teman yang sanggup berkongsi ilmu, berkorban masa dan segala bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menghasilkan blog ini. Ketahuilah segala macam yang anda salurkan amat kami hargai. Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara langsung ataupun tidak. Kesudiaan anda amat kami hargai. Terima kasih.




 
PENDAHULUAN

            Apa itu syariah? Syariah dari segi bahasa merujuk kepada jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu atau jalan ke tempat air minum. Kaitannya dengan air menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga dengan jalan yang lurus, akan membawa manusia kearah kebaikan.
            Syariah dari segi istilah pula adalah apa yang disyariatkan Allah s.wt kepada hamba-hambanya pada perkara agama iaitu mempunya hukum-hakan yang berbeza. Antaranya wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sama ada ianya diambil dari Al-quran ataupun hadis. Hukum-hakam ini dikenali sebagai hukum syariah kerana dari sudut kelurusan dan kejelasannya yang tidak bersimpang-siur dan tidak mempunyai sebarang kesamaran yang diragukan. Bahkan dari segi sains dan teknologi juga harus mengikut hukum syariah yang telah ditetapkan supaya dapat memelihara kesejahteraan alam dan keharmonian sejagat





PERLAKSANAAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1.      Utamakan yang utama
        i.            Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
      ii.            Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
    iii.            Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada sunat.
    iv.            Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.
      v.            Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
    vi.            Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan untuk memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.
  vii.            Pelaksaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

2.       Matlamat tidak menghalalkan cara.
        i.            Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
      ii.            Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia,
    iii.            Syariat Islam juga menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
    iv.            Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
      v.            Pada masa sekarang yang memperlihatkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga dapat menjadi sebuah kuasa besar tetapi dengan cara mengorbankan alam.


3.      Perlaksanaan syariat yang menepati syariat.
        i.            Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengutamakan nilai keagamaan yang lebih menfokuskan kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.
      ii.            Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksaan setiap sesuatu proses kerja.
    iii.            Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambil kira kepentingan prinsip dan etika dalam syariat Islam.
    iv.            Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurursan.
      v.            Sekiranya berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam maka, syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.

4.      Mencegah lebih baik daripada mengubati.
        i.            Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam perlaksanaan kerja manusia.
      ii.            Prinsip pencegahan yang yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakkan. Seperti contoh, Islam mengharam perbuatan zina.
    iii.            Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek. Kemungkinan akan terjadi akibat yang buruk dan besar akan menimpa kepada manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
    iv.            Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda atau fokus utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugas mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pembaziran masa yang berlebihan.




5.       Akidah diutamakan syariat didahulukan.
        i.            Akidah yang merupakan tunjang bagi membangunkan insan terbaik di sisi Allah s.w.t tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua perlaksanaan hidup manusia.
      ii.            Syariat adalah peraturan Allah s.w.t untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat daripada Allah sw.t.
    iii.            Perlaksanaan akidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.
    iv.            Perlaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan akidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
      v.            Dalam masa yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian yang menepati syariat.




KESIMPULAN

Secara natijahnya, pelaksanaan syariah Islamiah dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan ini bertujuan untuk membawa kearah kebaikan samada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan dengan konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, ini bermakna segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun sebab dan hikmah yang tersendiri. Sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi segala syariah Islam yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keredhaan Allah sw.t supaya apa yang dilakukan oleh kita sentiasa dalam redha Allah s.w.t dan sentiasa kearah kebaikan.

            Selain itu, dengan pelaksanaan syariah Islamiah ini akan dapat meningkatkan kualiti dan sahsiah diri setiap insan. Ini kerana, sekiranya syariah Islamiah diterapkan di dalam setiap apa yang dilakukan nescaya kehidupan di dunia akan sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.




RUJUKAN

 Buku:
Muhammad Noor Bin Ibrahim, Datuk . (2010) . Tafsir Pimpinan Ar Rahman
: Percetakan Yayasan Islam Terengganu SDN. BHD
Jabatan Pengajian Am.(2016).Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam.Politeknik  
 Merlimau Melaka
            : Kementerian Pelajaran Malaysia

Irwan Mohd Subri.(2012).Kajian Syariah Dan Undang-Undang.Universiti Sains Islam Malaysia  
: Fakulti Syariah dan Undang-Undang

Mazlan Ibrahim.(2008).Modenis Melayu dan Tafsiran Al-Quran.Universiti Kebangsaan Malaysia
            : Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia

Ali Abdul Hamid Abu Al-Khair.(2012).Al-Quran & Sains Moden.Perniagaan Jahabersa
            : Eimedia Publication

Internet:
   



No comments:

Post a Comment