JABATAN
JABATAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
NAMA & KOD KURSUS
DUA2012 SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
EN. SUFFIAN BIN
FABILAH
TAJUK TUGASAN
5 KAEDAH PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA
ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
NAMA AHLI KUMPULAN
NO
|
NAMA
|
NO
MATRIX
|
1
|
NUR ALIAH ATIKAH BINTI MISHRON
|
25DNS15F1102
|
2
|
NUR ATHILAH BINTI OTHMAN
|
|
3
|
NURHANISAH BINTI ARMI
|
25DNS15F1006
|
4
|
NORIZAN BINTI HAMID
|
25DNS15F1093
|
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi
dengan limpahan rahmat serta nikmat nyawa,tenaga dan masa yang dianugerahkan
kepada kami. Dengan ini, kami berjaya menyiapkan folio ini dengan jayanya.
Folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan daripada
sebahagian daripada kerja khusus kami iaitu Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Dalam Islam yang berkaitan tentang kaedah perlaksanaan Prinsip Etika Islam.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah kami dan rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar kepada kami. Bantuan kalian amat
kami hargai.
PENDAHULUAN
Dengan tajuk yang diberi iaitu 5 kaedah
perlaksanaan prinsip etika islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan islam,
Islam menuntut setiap manusia berusaha, bekerja mencari rezeki bagi menyara
diri sendiri dan keluarga. Di samping itu, islam juga menyatakan bahawa apabila
seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja dengan sendirinya, bermaksud
insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Setiap kerja yang diredhai Allah
dan juga niat yang baik, itu adalah ibadah.
Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia. Ia juga satu
pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik. Seseorang pekerja itu
boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak
mahu menunaikan tanggungjawabnya.
Selain itu, moral baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat
sesebuah bangsa. Moral secara umumnya dapat dikatakan sebagai cara atau
berbagai-bagai untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung
dengan perbuatan ataupun tingkah laku. Walhal itu, akhlak juga boleh di
definisikan sebagai tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup. Akhlak
sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan manusia
dan apa sahaja daripada manusia itu sendiri, sesuai dengan pembawan dan sifat
yang ada dalam jiwanya.
Antara 5 kaedah perlaksanaan prinsip etika dalam islam ialah menghasilkan
penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada
keselesaan manusia. Seperti yang dikatakan, keselesaan bukan tiket untuk para
saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan
maksud syariah.
Di samping itu, prinsip etika islam menggunakan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti. Contohnya
nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia,
mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai
hamba Allah.
Selain daripada itu, melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat
jahat juga termasuk dalam perlaksanaan prinsip etika islam. Eksperimen yang
dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan
kepada nilai manusia, flora dan fauna. Tambahan pula, prinsip etika islam yang
keempat iaitu keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara.
Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan.
Selepas itu, prinsip etika islam menghubungkan semua kegiatan dengan alam
metafizika. Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan
galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika islam serta memburu
kebenaran wujudnya pencipta.
3. 5 KAEDAH PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN.
Mengenai 5 Kaedah perlaksanaan Prinsip
Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan kami menjelaskan lagi
tentang konsep etika islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan dengan lebih
mendalam. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, kami bersetuju
dengan pendapat yang menyatakan individu atau komuniti yang beretika cemerlang
akan mendapat faedah dari prinsip etika yang dianuti dan diamalkanya itu.
Reputasinya itu akan menjamin kejayaannya dalam menempuh arus kehidupan dunia
yang penuh dengan pancaroba ini. Tegasnya, orang yang berakhlak mulia adalah
seseorangyang berpakaian sempurna yang menutup auratnya. Adapun yang tidak
beretika diibaratkan seperti bertelanjang yang terdedah pada kehinaan dan
keaiban. Dengan ini perbahasan etika memiliki relevan dengan sains dan
teknologi islam yang menampilkan keunikannya jika hendak dibandingkan dengan
etika dan moral dalam sains dan teknologi moden yang semakin “liar”.
Hal ini dikatakan demikian kerana disalahgunakan sains dalam Islam yang ada
baik dan buruknya dalam etika sains moden yang boleh memansukhkan prinsip etika
islam . Sebagai contohnya, pembedahan plastik yang jelas hukumnya haram pada
umat islam. Justeru, kami akan nyatakan 5 kaedah perlaksanaan Prinsip Etika
Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan untuk mengukuhkan lagi prinsip
etika islam yang kian menghilang dek arus kemodenan kehidupan ini. Terdapat
ayat Al-Quran yang mengukuhkan lagi Allah menyuruh kita mendalami ilmu sains
berlandaskan Islam. Menurut kalam Allah dalam surah Al- Ghaasyiyah ayat 17-20
yang bermaksud “(mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan?”.
Oleh itu, antara kaedahnya ialah pertama, menghasilkan penemuan sains,
teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia.
Dikaitkan dengan hal ini, segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah
mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia. Hasil rekaan yang dicetuskan
bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas hamba. Ciptaan yang
dibangunkan juga mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.Dalam pada
itu, keselesaan bukan tiket untuk para sainstis, ternokrat dan jurutera
melakukan penyelidikan sehinngga menafikan maksud syariah.
Di samping itu, keduanya ialah menggunakan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti. Kita
mengakui bahawa segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil
atau profit. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup,
kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi
manusia sebagai hamba Allah S.W.T ,ia dapat juga dapat meningkatkan kualiti
melalui pengunaan nuclear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan
makanan dan menghapuskan bakteria. Sebaliknya, penghasilan ciptaan, rekaan dan
inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
Tambahan pula, kaedah yang ketiga ialah melakukan eksperimen dengan bijaksana
tanpa niat jahat. Dalam konteks ini, ekeperimen yang dilaksanakan hendaklah
berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia,
flora dan fauna. Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam
demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri. Lanjuntan itu, kajian yang
dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan ekosistem
manusia, flora dan fauna. Tamsilnya, pembedahan plastik yang dibahaskan di atas
tadi dengan tujuan menafikan ciptaan Allah S.W.T. dan mengubah identiti
dilarang walaupun kebaikannya ialah memberi manfaat kepada diri sendiri
(menghilangkan keaiban) tetap haram di sisi Islam.
Rajah 1:1 menunjukkan sainstis yang sedang
menjalankan kajian ubat-ubatan untuk manusia.
Rajah 1:2 menunjukkan tokoh sainstis termuka islam (AL- FARABI)
Selepas itu, keempat pula ialah keperluan mempertahankan dan memelihara agama,
bangsa dan negara. Hal ini menggambarkan bahawa keperluan memelihara agama,
bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia
tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara. Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya
tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan
dan teknologi. Misalnya, persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu
suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan
kerosakan.
Rajah 1:3 menunjukkan askar yang sedang
mempertahankan dan memelihara negara, bangsa dan agama dari musuh.
Rajah 1:4 menunjukkan tokoh pejuang terkemuka Islam (SALAHUDIN
AL-AYYUBI).
Akhir sekali, kaedah pelaksanaan prinsip etika islam yang kelima ialah
menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika. Sebagaimana yang kita
ketahui, para sainstis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala
kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen keutuhan dan mencari kebenaran
merupakan asas etika perlaksanaan mereka. Setiap aktiviti penyelidikan dan
penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan
etika islam serta memburu kebenaran wujudnya Pencipta. Jadi, dorongan ketuhanan
dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan
para sainstis, teknokrat dan jurutera.
Tiada
ubat yang tiada penawarnya, maka kaedah-kaedah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik ini harus dipraktikkan secara berterusan agar pelaksanaan prinsip
etika islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan dapat diikut walaupun dalam
kancah arus pemodenan ini supaya dapat dijadikan sebagai ilmu akhirat yang
dapat menambahkan lagi pahala kita bersama-sama jika tidak lagi bertentangan
dengan syariat Islam. Akhirkalam dari kami, terima kasih kerana meluangkan masa
membaca. Semoga apa yang terkandung dalam entri ini dapat memberi manfaat
kepada kita semua. Maafkan kami jika nukilan kami tidak begitu menarik apa yang
di sangkakan. Wasalam.
KESIMPULAN
Sains dalam konteks islam merupakan suatu
ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Pemisahan tersebut akan
melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia
umumnya. Isu-isu yang terlibat sewajarnya mengambil kira isu-isu etika secara
menyeluruh. Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat
seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah.
Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam. Sains
dan teknologi dalam islam adalah sebagai sarana untuk mencapai kebahagiaan
dunia akhirat dan sebagai kunci kebangkitan islam. Oleh kerana itu, umat Islam
harus menempatkan sains dan teknologi sebagai keperluan utama bukan sebaliknya.
Mempelajari sains dan teknologi sama wajibnya dengan amalan fardu lainnya
seperti solat, puasa dan zakat. Sains dan teknologi dalam Islam harus
berdasarkan dengan nilai-nilai agama yang menyeluruh agar dapat memberikan
manfaat bagi umat manusia. Sains dan teknologi yang tidak bermanfaat oleh
nilai-nilai agama pasti akan membawa kehancuran, kerosakan dan kesengsaraan
bagi umat manusia.
Etika dalam penggunaan sains dan teknologi merupakan satu perkara
yang perlu kita amalkan secara positif sesuai dengan tanggungjawab kita sebagai
umat islam. Pengabaian etika bukan sahaja mendapat kemurkaan Allah, tetapi
mengganggu ekosistem manusia dan bumi yang kita tinggal ini dan mengakibatkan
bencana yang besar yang perlu kita lalui. Etika yang baik mestilah dipraktikkan
dengan sempurna dan efisyen supaya dapat kembali kepada fitrah kita sebagai
hamba Allah.
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar, Al-Jazairiy
(2010), ENSIKLOPEDIA FIKAH. Abu Bakar Al-Jazairiy, ENSIKLOPEDIA
FIKAH. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini.
AL-HIDAYAH HOUSE OF QUR’AN SDN BHD.
(2014), Al-Bayan Terjemahan Al-Quran Al-Karim(Rasm Uthmani).
Selangor: Percetakan Zafar Sdn.Bhd
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka. Jabatan
Pengajian Politeknik. Kementerian Pendidikan Malaysia
(2016). DUA 2012 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam :
Politeknik Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sheikh Abdullah Basmeih, Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Datuk
(2010), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn
Arif Nur Kholis
(1 Nov 2007) , Antara Bulaksumur dan Matahari “Refleksi Sains
-Tech .”
http://zaadut-taqwa.blogspot.my/2005/07/etika-islam-dalam-sains-dan-teknologi.html
Maznah Daud
(2005),
http://zaadut-taqwa.blogspot.my/2005/07/etika-islam-dalam-sains-dan-teknologi.html
Harrah's Reno Casino & Hotel - DrmCD
ReplyDeleteHarrah's Reno Casino & Hotel. 777 Harrah's Blvd 여주 출장샵 Reno, NV 광주 출장샵 89109. Get Directions. 777 Harrah's Blvd 구리 출장샵 Reno, 부산광역 출장마사지 NV, 89109. Website. http://www.harrahsreno.com. Rating: 4.5 · 53 포천 출장마사지 votes