NAMA & KOD KURSUS
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM: DUA 2012
TAJUK TUGASAN
KAEDAH ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA(ADAT
DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM DAN PERBINCANGAN ISU SEMASA BERKAITAN KAEDAH
FIQH)
NAMA
PENSYARAH
ENCIK SUFFIAN BIN MOHD
FABILLAH
NAMA AHLI KUMPULAN :
NAMA
|
NO.MATRIK
|
NOR SYAQIRA BINTI SAHRAN
|
25DNS15F1069
|
NURELISA BINTI MOHD YATIM
|
25DNS15F1042
|
NUR RAIHAN BINTI JUMAT
|
25DNS15F1075
|
EZZA SHELIZA BINTI ANNUAR
|
25DNS15F1072
|
NURUL SOFIAH BINTI MOHD SHAFIRUDDIN
|
25DNS15F1087
|
JABATAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PROGRAM
DIPLOMA
IN NETWORK SYSTEM
SESI
DISEMBER
2015
1.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
w.b.t dengan segala puji bagi Allah Ta’ala,tuhan sekalian ‘alam. Selawat dan
salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam,
keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulilah, dengan rasa syukur
dipanjatkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana dengan limpahan rahmatNya
dan nikmat masa, nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada kami agar kami dapat menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dengan jaya. Pada pertama kalinya kami ingin menjulang sepenuh penghargaan
kepada Encik suffian bin mohd fabillah iaitu Pensyarah Matapelajaran Sains
Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (DUA 2012), di atas kesudian dan
kepercayaan beliau memberi tugasan ini yang bertajuk Konsep Asas Kaedah Fiqh
Dan Aplikasinya (adat dijadikan sebagai rujukan hukum dan perbincangan isu
semasa berkaitan kaedah fiqh) kepada kami untuk menyiapkannya dengan penuh
semangat.
Selain itu, Kami ingin mengucapkan
terima kasih kepada Encik Suffian Bin Mohd Fabillah yang telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada kami dan penerangan yang sempurna dan lengkap kepada kami
dari awal lagi sejak tugasan ini diberikan sehingga dalam proses untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan dan menyiapkan
tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun
manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Politeknik Mersing Johor kerana
memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan dan menyiapkan
projek ini dengan kemudahan perpustakaan yang diberikan bagi memudahkan kami
mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
Disamping itu, Tidak lupa juga kami
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang memberi sokongan serta
dorongan sehingga kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan
mereka mungkin kami tidak dapat menghasilkan projek ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang lain yang sama-sama bertungkus-lumus dan
bersungguh-sungguh untuk menghasilkan tugasan ini dan menyiapkan tugasan ini
dengan baik dan juga bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai tugasan
masing-masing sekiranya ada kesukaran untuk fahami apa soalan mintak dan dalam
membantu kami menyiapkan projek ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih juga kepada orang awam dan kenalan ibu bapa kami yang telah memberikan
serba sedikit maklumat mengenai tajuk yang kami dapat ini.
Oleh hal yang demikian, Ini dapat
menambahkan pengetahuan kami mengenai tugasan yang diberikan dan sangat
memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna serta
dapat mengurangkan kesusahan dan tidak faham mengenai tugasan ini. Terima kasih
diucapkan dan ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda
semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Tujuan tajuk
tugasan ini diberikan supaya kami dapat mendedahkan lebih banyak mengenai
Konsep Asas Kaedah Fiqh Dan Aplikasinya (adat dijadikan sebagai rujukan hukum
dan perbincangan isu semasa berkaitan kaedah fiqh).
Justeru itu, Penerangan kami dalam
Konsep Asas Kaedah Fiqh Dan Aplikasinya (adat dijadikan sebagai rujukan hukum
dan perbincangan isu semasa berkaitan kaedah fiqh) dapat menjadi panduan dan
rujukan kepada semua masyarakat tak kira bangsa atau kaum di Malaysia. kami
sangat menghargai pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan
ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Kami perlu
menghuraikan dan memperincikan lagi penjelasan dalam tugasan ini dan perlu
banyak mencari maklumat serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber rujukan
bagi meningkatkan lagi kefahaman kepada semua yang kami ingin sampaikan supaya
tiada kekeliruan yang berlaku mengenai konsep adat ini. Justeru itu, Pelbagai
jenis pembangunan dari segenap sudut yang begitu pesat terbina di Malaysia ini,
begitu juga pembangunan dalam bidang pendidikan dan seharusnya mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan
tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
1.
PENDAHULUAN
Ramai
di antara masyarakat kini yang masih keliru dan tidak mengerti mengenai konsep
fiqh atau pengertian adat yang sebenar, terutamanya generasi muda kerana mereka
tidak didedahkan secara teliti mengenai adat-adat yang ada dan generai ini
banyak didedahkan kepada perkara-perkara moden seperti dinegara barat dan
bukannya didedahkan kepada perkara-perkara tradisional yang dari zaman nenek
moyang kita lagi. Di sini kami akan menerangkan secara lebih mendalam mengenai
Konsep Asas Kaedah Fiqh Dan Aplikasinya (adat dijadikan sebagai rujukan hukum
dan perbincangan isu semasa berkaitan kaedah fiqh) iaitu tugasan ini. Kami
ingin merungkai dan berkongsi dan memberikan infomasi mengenai maksud adat,
jenis-jenis adat yang ada dan perbincangan kaedah aplikasi isu semasa berkaitan
konsep adat dalam kaedah fiqh yang berlaku di negara kita ini.
Pengertian kaedah fiqh yang bermaksud
dari segi bahasa ialah tapak, asas rumah dan prinsip. Pengertian Bahasa pula
bermaksud dari segi Bahasa ialah sesuatu kefahaman. Pengertian kaedah fiqh yang
bermaksud ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan
isu-isu tertentu dan prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas
pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
Pengertian adat pula bermaksud sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman yand
dilakukan oleh manusia dan menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan
yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat
sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi dalam kehidupan
seharian. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi
kebiasaan.
Selain itu, dari bahasa Arab iaitu
“Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara
berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka
kebiasaan itu menjadi adat. Uruf yang bermaksud sesuatu yang telah dimaklumi
oleh masyarkat hingga menjadi amalan kebiasaan. Kaedah ini boleh dijadikan
rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu dengan syarat
ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Konsep adat dijadikan dari
istilah melayu iaitu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan masayarakat
melayu. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian iaitu adat am, adat
khusus,adat sahih dan adat fasid atau rosak.
Maksud adat am ialah ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima
umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu.
Adat khusus yang bermaksud sesuatu yang
terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau dikalangan
golongan tertentu. Kedua ialah adat sahih yang bermaksud sesuatu yang tidak
bercanggah dengan nas-nas yang ada dalam hadis mahupun dalam Al-Quran dan Al
Sunnah. Dan yang terakhir ialah adat fasik atau rosak yang bermaksud sesuatu
adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat
atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan
masalah dengan syarak. Adat ini sering kali dilihat dalam masyarakat kita tak
kira kaum atau bangsa yang ada. Setiap kaum atau bangsa mempunyai adat dalam
kehidupan masing-masing mahupun dalam agama masing-masing. Setiap masayarakat
mempunyai adat-adat tersendiri dan difahami secara betul. Kita tidak boleh
memandang sebelah mata terhadap adat yang ada dari nenek moyang kita lagi.
Bagi perbincangan isu semasa berkaitan
kaedah fiqh yang berperanan dalam pengurusan manusia dan kaedah ini boleh
dijadikan rujukan. Isu semasa yang dibincangkan ini hendaklah didasari oleh
kefahaman yang mendalam tentang kaedah adat atau uruf yang mampu menjadikan
hukum pada setiap adat yang ada. Kebiasaannya isu semasa ini sangat meluas dan
belum cukup untuk menjadi sandaran untuk menghasilkan benda baru yang akan
menjadikan impak yang besar terhadap adat-adat yang ada ini. Adat- adat ini
juga dapat mencegah berlakunya kemudaratan yang berlaku melebihi daripada
masalah pada setiap manusia. Kita perlu mengamalkan adat atau uruf itu secara
perlahan-lahan supaya masyarakat tidak mudah terjebak dengan masalah-masalah
yang sering kali berlaku dalam tempoh yang singkat. Memastikan bahawa amalan
yang dilakukan tidak bercanggah dengan syarak yang telah ditetapkan. Contoh isu
semasa tersebut ialah orang bukan islam membaca al-quran, penggunaan nama Allah
oleh Kristian, anak kekal dalam agama asal, isu penggunaan budaya luar dalam
masyarakat, amalan membaca wirid dan doa selepas solat dan syarat utama ‘uruf
atau adat yang diterima.
2.
ADAT
DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM
Adat
bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh
manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat
hingga menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan, perbuatan atau
sesuatu yang tidak dilakukan. Menurut kamus Dewan, Adat bermaksud suatu
peraturan yang diamalkan secaara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam
masyarakat sehingga merupakan hokum dan peraturan yang dipatuhi. Adat juga
didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebisaan etimologi
perkataan adat adalah dari Bahasa arab ‘Adah’ yang bererti kebiasaan atau
sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan
itu menjadi adat. Kaedah ini memberi maksud adat atau uruf boleh dijadikan
rujukan bagi menetapkan sesuatu hokum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat
ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut.
Buku
sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam ( m/s : 170 )
3.1. Adat Am
Adat
am merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang
memberi maksud tertentu. Sebagai contoh yang pertama, adat melayu iaitu
perkahwinan. Adat merisik,meminang dan bertunang adalah adat yang penting
sebelum perkahwinan dijalankan. Hal ini, penting supaya pihak lelaki dapat
mengetahui bahawa gadis yang bakal dipinang berpunya atau tidak dan pihak
perempuan perlu memastikan lelaki tersebut mempuyai latar belakang agama serta
dapat menyara gadis tersebut dan ia juga berhak memilih lelaki Akan tetapi,
adat-adat tersebut tidak dianggap penting di zaman ini. Contoh yang kedua iaitu
adat kunjung mengunjung di antara jiran tertangga , sahabat handai dan sanak
saudara. Orang melayu tidak harus mengunjung rumah orang pada waktu senja iaitu
pada waktu solat magrib dan biasanya jamuan yang disediakan tidak harus ditolak
walaupun sudah kenyang. Namun pada masa kini, mereka sudah tidak menghormati
waktu solat dan waktu senja yang tidak disalahkan mengunjungi rumah orang.
Fiqh
perbandingan isu-isu terpilih (m/s : 55)
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 221
وَلَا
تَنْكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِنْ
مُشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ۗ وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا
ۚ وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ ۗ أُولَٰئِكَ يَدْعُونَ
إِلَى النَّارِ ۖ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ ۖ
وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan janganlah kamu
kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman ; dan sesungguhnya seorang
hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia
menarik hati kamu dan janganlah kamu ( kahwinkan wanita islam ) dengan lelaki
musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang lelaki yang beriman
lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
(Yang demikian ialah kerana ) orang -orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang
allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan allah
jeleskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia,
supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(Surah al-baqarah : ayat
221 )
Tafsir
al-Quran (m/s : 35)
3.2. Adat Khusus
Adat
khusus bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat
atau negeri atau dikalangan golongan tertentu. Sebagai contoh ialah adat perpatih di negeri sembilan. Keunikannya
adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang
diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain
di Malaysia. Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti
budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan.
Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai
ciri-ciri tradisi yang unik. Contohnya, mengharuskan diadakan kenduri tahlil
kerana ia merupakan ‘amalan kebajikan,malah pahala daripada berdoa, bersedekah
dan membaca ayat-ayat suci al-quran yang dibaca didalam majlis tersebut.
Buku fiqh
perbandingan isu-isu terpilih (m/s : 455)
3.3 Adat Sahih
Adat sahih
iaitu adat istiadat yang tidak bertentangan dengan nash-nash yang ada dalam
hadis mahupun dalam Al-Quran. Selain itu, merupakan adat istiadat yang telah
diterima oleh masyarakat. Adat sahih juga merupakan adat yang dapat diterima
secara meluas, serta dapat dipertimbangkan oleh akal yang sihat serta membawa
kepada kebaikan. Dalam masa yang sama, dapat menolak daripada kerosakan
akhlak.Antara contohnya, sesorang menjual dan membeli bahan makanan yang
kebiasaannya diukur dengan takaran, tetapi bertukar menjadi ukuran mengikut
timbangan. Contoh seterusnya, bertahlil satu perbuatan yang baik kerana
mengandungi bacaan Al-Quran,berdoa,beristighfar bertasbih dan lain-lain dan
dikirimkan pahalanya bukan sahaja kepada
si mati yang baru sahaja meninggal dunia bahkan kepada saudara mara yang telah
lama meninggal dunia.
Buku fiqh
perbandingan isu-isu terpilih (m/s : 453)
3.4 Adat Fasid Atau Rosak
‘Urf fasid
ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan dengan
syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan
perkara yang halal. ‘Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak dan
membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan
seperti pinjaman yang berbentuk riba dan kejahatn. Contohnya,melakukan
dosa-dosa besar atau meninggakan fardhu tanpa keuzuran, menyebabkan orang yang
melakuan menjadi fasiq yang menyebabkan gugur persaksiannya dan wajiblah
dibunuh tetapi masih dikira mu’min jika masih percaya kepada rukun-rukun iman
dan islam.
Buku
rujukan fiqh perbandingan isu-isu fiqh terpilih (m/s : 323)
7
4. PERBINCANGAN
ISU SEMASA BERKAITAN KAEDAH FIQH
4.1 Orang Bukan Islam Membaca Al-Quran
Sesetengah masyarakat tidak bersetuju serta menganggap
ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah.
Tetapi ada dalil yang menyatakan bahawa kesalahan sebutan dan nama surah, adalah
dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam.
Ini dapat menegaskan bahawa dalam dunia kini, tiada kesalahan bagi orang bukan
islam untuk membaca al-Quran. Maka, orang bukan islam dibenarkan membaca
al-Quran bagi tujuan untuk belajar.Contohnya,orang yang memahami ilmu,memberi
manfaat baginya dan mengajarkannya kepada orang lain pula dengan niat untuk
mengajar.
Buku
keutamaan fikah menurut al-Quran dan sunnah(m/s: 92)
4.2 Penggunaan Nama Allah Oleh Kristian
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat
beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Mereka beranggapan
penggunaan nama Allah tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Tetapi, setelah
dikaji Kristian ingin menggunakan nama Allah didalam kitab Bible. Ini sama
sekali tidak dibenarkan kerana tidak memberi manfaat kepada umat islam. Maka,
diharamkan bagi Kristian untuk menggunakan nama Allah yang bertujuan untuk
kepentingan mereka.Contohnya, sebaik sahaja menyebut hadis-hadis atau nama
Allah tentang niat,ikhlas dan mengikuti al-Quran dan sunnah,lalu beliau masuk
dengan bab ilmu.
Keutamaan fikah menurut al-Quran dan sunnah(m/s: 79)
4.3 Anak Kekal Dalam Agama Asal
Isu ini menerangkan bahawa sesetengah masyarakat Islam
kita ada yang menukar agama semasa hayatnya. Apabila dia sudah meninggal dunia,
isu yang dibangkitkan adalah untuk meletakkan jenazah di kubur. Contohnya,
seorang remaja semasa hayatnya telah menukar agama kepada agama Kristian.
Apabila dia telah mati, menjadi isu untuk menguburkan si mati di kubur yang
mana. Maka, ibu bapa yang mengetahui bahawa anaknya telah menukar agama, jadi
disarankan untuk merujuk kepada Majlis Fatwa.Seseorang perlu menguruskan
jenazah dengan baik setelah mengetahui si mati merupakan agama islam atau
sebaliknya.
Fiqh perbandingan
isu-isu fiqh terpilih (m/s : 133 )
4.4 Isu Penggunaan Budaya Luar Dalam
Masyarakat
Kebanyakan masyarakat kita sudah terbiasa dengan
pelbagai budaya luar. Misalnya, budaya hip hop yang sudah terbiasa di negara
kita dan budaya ini boleh diguna pakai sekiranya tidak bercanggah dengan
syarak. Selain itu, adat mengamalkan perayaan agama lain. Kita tidak
mempersusahkan diri kita dan orang lain dalam hal yang tidak berhubung. Sebelum
ini, masyarakat melayu islam berasa ragu-ragu untuk hadir ke perayaan agama
lain. Tetapi setelah diteliti, tidak salah untuk kita merayakan perayaan agama
lain selain tidak bercanggah dengan nas dan syarak.
Keutamaan
fikah menurut al-Quran dan sunnah(m/s: 48)
4.5 Amalan Membaca Wirid Dan Doa Selepas
Solat
Seperti yang diketahui, amalan membaca wirid dan doa
selepas solat bukanlah kelaziman nabi S.A.W. Orang arab juga tidak mengamalkan
amalan ini. Bagi mereke, amalan ini adalah amalan bidaah. Isu ini berbangkit
apabila para ilmuan merasakan amalan ini tidak sama dengan sunnah Rasulullah.
Apabila diteliti dan dikaji, amalan ini bukanlah bercanggah dengan syarak malahan
ia seperti memuji-muji kebesaran Allah. Maka, amalan ini boleh diteruskan dan
sehingga kini amalan ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia kerana
mereka konon orang yang suka beramal dengan orang yang atau yang bidaah,orang
yang urus dan melencong.Kewajiapan kita ialah mencari perbezaan dan
kelebihan,bukan menyamakan hukum dalam hal ini.
Buku
keutamaan fikah menurut al-quran dan sunnah(m/s : 134)
4.6 Syarat Utama ‘Uruf Atau Adat Yang
Diterima
Ia merupakan satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang
diamalkan secara bersekala besar oleh masyarakatdan tidak mudah berubah-ubah
dalam tempoh yang singkat. Contohnya, amalan membaca Yasin setiap malam
Jumaat.Selain itu,Andai ‘Uruf boleh menimbulkan kemudaratan dan kepayahan dalam
pengurusan hidup maka ‘uruf tersebut dikira terbatal.Contohnya, larangan
mengambil upah mengajar al-Quran oleh para ulamak terdahulu. Kini zaman sudah
berubah , ulamak muktahir mengambil sikap dibenarkan mengambil upah atas sebab
perubahan ‘Uruf semasa.
Rujukan
buku sains dan teknologi maklumat (m/s :
5. KESIMPULAN
Kesimpulan
yang dapat kami perolehi dalam melaksanakan tugasan projek ini ialah kami dapat
mendedahkan kepada seluruh masyarakat mengenai adat yang dijadikan sebagai
rujukan hukum dan isu semasa berkaitan kaedah fiqh. Semoga kami dapat membuka
mata seluruh masyarakat bahawa bertapa pentingnye adat-adat dalam kehidupan
kita yang kita jadikan sebagai rujukan. Begitu banyak adat-adat yang ada di
seluruh negara. Tak kira kaum mahupun bangsa, sehingga kita harus mengikuti
sebuah adat yang berlaku apabila kita berada di suatu tempat. Seperti sebuah
peribahasa mengatakan “dimana bumi dipijak, maka disitu langit dijunjung. Oleh
sebab itu ,saranan yang dapat kami berikan ialah setiap masyarakat perlu
menghormati adat diantara kaum atau bangsa lain dengan tidak berkata seperti
mempunyai maksud pnghinaan dalam sesebuah agama atau kaum.
Kami ingin merungkai dan memberikan infomasi mengenai
maksud adat, jenis-jenis adat yang ada dan perbincangan kaedah aplikasi isu
semasa berkaitan konsep adat dalam kaedah fiqh. Sebagai warga malaysia , kita
harus sentiasa menjaga dan melestarikan adat yang sudah ada dari nenek moyang
dahulu lagi agar ciri khas suatu daerah atau perkampungan masih tetap terjaga. Adat
bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh
manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat
hingga menjadi amalan kebiasaan. Adat juga didefinisikan sebagai
suatu cara yang sudah menjadi kebisaan etimologi perkataan adat adalah dari
Bahasa arab ‘Adah’ yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan
secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan itu menjadi adat. Kaedah ini
memberi maksud adat atau uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu
hokum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam
permasalahan tersebut.
Seterusnya, adat yang dijadikan sebagai
rujukan hukum yang kami perolehi ialah adat am, adat khusus, adat sahih, adat
fasid atau rosak. Antara adat am yang merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang
diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Sebagai contoh yang
pertama, adat melayu iaitu perkahwinan.Selain
itu, adat khusus bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah
masyarakat atau negeri atau dikalangan golongan tertentu. Sebagai contoh ialah adat perpatih di negeri sembilan. Adat
sahih iaitu adat istiadat yang tidak bertentangan dengan nash-nash yang ada
dalam hadis mahupun dalam Al-Quran. ‘Urf fasid ialah perkara yang menjadi
kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang
menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.
Perbincangan isu semasa berkaitan kaedah fiqh
membincangkan tentang orang bukan islam membaca al-quran iaitu sesetengah
masyarakat tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya
disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah. Selain itu, penggunaan nama
allah oleh kristian yang berkaitan dengan isu ini turut menjadi hangat
khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan.
Mereka beranggapan penggunaan nama Allah tidak memberi kesan kepada alam
sekitar.
10
Seterusnya, nak kekal dalam agama asal ia melibatkan
isu ini yang menerangkan bahawa sesetengah masyarakat Islam kita ada yang menukar
agama semasa hayatnya.Apabila dia sudah meninggal dunia, isu yang dibangkitkan
adalah untuk meletakkan jenazah di kubur.Contohnya, seorang remaja semasa
hayatnya telah menukar agama kepada agama Kristian. Amalan membaca wirid dan
doa selepas solat seperti yang diketahui, amalan membaca wirid dan doa selepas
solat bukanlah kelaziman nabi S.A.W.Amalan ini bukanlah bercanggah dengan
syarak malahan ia seperti memuji-muji kebesaran Allah. Maka, amalan ini boleh
diteruskan dan sehingga kini amalan ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat
Malaysia.
Antara syarat utama ‘uruf atau adat yang diterima ialah
ia merupakan satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara
bersekala besar oleh masyarakat dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang
singkat. Contohnya, amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat dan puasa sunat pada
setiap hari isnin dan khamis.Kerana kalau kita lihat, adat-adat yang ada di
malaysia sudah semakin pudar bahkan hampir menghilang. Bak kata perpatah “ tak
lapok ditelan zaman”
No comments:
Post a Comment