JABATAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
NAMA & KOD KURSUS
DUA2012
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
EN.SUFFIAN
BIN FABILAH
TAJUK TUGASAN
6 PERANAN SYARIAH DALAM PERLAKSANAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
NAMA AHLI
NO
|
NAMA
|
NO
MATRIX
|
1
|
DANIAL
AMERUL BIN MOHAMMAD HAIRUL
|
25DNS15F1096
|
2
|
MUHAMMAD
AKMAL BIN ANUAR
|
25DNS15F1057
|
3
|
AHMAD
HAZREEN BIN AHMAD KHAIRUL ANUAR
|
25DNS15F1045
|
4
|
MOHD
HANIF BIN KAMARUDDIN
|
25DNS15F1117
|
5
|
MOHAMAD
ALIFF BIN MOHD YUSOFF
|
25DNS15F1024
|
DISEMBER 2015
PENGHARGAAN
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi serta
junjungan Nabi Muhammad dengan limpah dan kurniannya dengan nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang telah dianugerahkan kepada kami dalam menjayakan kerja kursus
ini.
Pertamanya kami sekumpulan ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah kami En.Suffian Bin Fabilah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan lancarnya.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibubapa kami yang banyak memberi idea serta pemudah cara untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga kami mampu menyiapkan tugasan ini tepat pada
masanya .
Ucapan penghargaan ini juga kami sekumpulan tujukan kepada rakan-rakan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap kesalahan dan kealpaan kami. Mereka
juga banyak membantu kami dalam menjawab setiap pertanyaan yang telah kami
utarakan.
Akhir Madah, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam proses pembikinan tugasan ini. Sekian.
“Kesusahan tidak
semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna dari pada kesenangan yang terus-menerus"
PENDAHULUAN
Islam
adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada
manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran
Islam akan menjamin manusia mencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun
akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak mengatur perjalanan hidup manusia,
Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana menawarkan garis panduan dalam
seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di dalam ajaran
Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga
komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
Syariat
Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat
manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'. Selain hukum clan aturan, Syariat
Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini.
Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan
sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
MEMELIHARA AGAMA
Agama atau ad-Din
terdiri daripada akidah, ibadah dan hukum yang disyariahkan oleh Allah untuk
menguruskan hubungan manusia dengan Tuhannya dan menguruskan hubungan
antara manusia di mana dengan hukum itu Allah bermaksud untuk membangun dan
menetapkan agama dalam jiwa manusia dengan cara mengikuti hukum syariah dan
menjauhi tingkahlaku dan perkataan yang dilarang syariah.
Cara memelihara agama
Hukuman kepada murtad
Umat Islam, dalam
bentuk apa pun dilarang memaksa orang bukan Muslim untuk memeluk Islam. Hal ini
sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat
256:
"Tidak ada paksaan
untuk memasuki agama Islam. Sungguh telah jelas jalan kebenaran dari jalan
kesesatan."
Bersandar pada ayat
tersebut, jelas bahawa jika ada orang bukan Muslim yang ingin masuk Islam,
sesungguhnya dia telah mendapat hidayah. Umat Islam akan dengan senang hati
menerima mereka dan menjadikan mereka saudara.
Jika ada seorang Muslim
yang ingin keluar dari Islam, sebenarnya dia sedang tersesat dari jalan yang
benar setelah sebelumnya dia mendapat hidayah.
Allah s.w.t berfirman
dalam Surah Al-Baqarah ayat 217:
"Barangsiapa yang
murtad di antara kamu dari agamanya, lalu diamati dalam kekafiran, maka mereka
itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
Hukuman apa yang harus
diberikan kepada seorang yang murtad? Tentang hal ini, ulama bersepakat,
sebagaimana diungkapkan oleh Wahbahaz-Zuhaili, bahawa lelaki yang
murtad hukumannya adalah dibunuh dengan syarat dia baligh, berakal dan tidak
dalam keadaan dipaksa. Bagi perempuan yang murtad pun
hukumannya adalah dibunuh menurut majoriti fuqaha kecuali kalangan Hanafiyah.
Mengapa seorang yang
murtad begitu keras hukumannya? Hal ini dilakukan untuk menjaga kemuliaan
Islam dan kaum muslimin dan sekali gus menjaga akidah umat Islam dari keraguan
yang akan disebarkan murtad jika mereka bebas berkeliaran di tengah-tengah umat
Islam. Hukuman ini akan menjaga keutuhan jamaah kaum muslimin dari
perpecahan dan menjaga mereka dari berbagai kerosakan.
MEMELIHARA HARTA
Manusia mempunyai fitrah
berkehendakkan kepada kekayaan dan kesenangan. Keadaan ini sesuai dengan Islam
yang menggalakkan seseorang Islam Ian' daripada kemiskinan. Ini kerana
kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang
melanggar batasan. Islam membenar dan menggalakkan seseorang itu mengumpulkan
sebanyak mungkin harta kekayaan dengan cara yang dihalalkan oleh syariat,
syarak dan akhlak Islam.
Namun begitu satu peringatan diberikan oleh Allah kepada
mereka yang mempunyai harta dan kekayaan supaya tidak melakukan perbuatanperbuatan
yang menimbulkan bencana kepada din' sendiri dan orang lain. Ini kerana apabila
seseorang itu mempunyai harta, kekayaan dan kuasa la lupa daratan dan sanggup
melakukan di luar batasan kemanusiaan dan sanggup mengaku sebagai tuhan seperti
Qarun dan Firaun. Kebenaran untuk mengumpul harta dan peringatan Allah supaya
tidak lupa daratan apabila sudah kaya dan berkuasa, dijelaskan oleh Allah
seperti firmanNya yang bermaksud:
”Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada engkau (keselamatan) kampung akhirat, jangan engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini, buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepada engkau dan janganlah engkau membuat bencana di muka bumi; sesungguhnya Allah tiada mencintai orang-orang yang membuat bencana.” (Al-Qashash: ayat 77)
Pemilikan harta benda dan kekayaan telah digalakkan dan
dibenarkan oleh Islam. Namun begitu selaras dengan konsep Islam yang
mengutamakan kesejahteraan umat keseluruhannya, setiap perbuatan adalah ibadat
dan sebagai ujian Allah Taala telah mewajibkan kepada mereka yang berharta
mengeluarkan sedikit daripada hartanya sebagai zakat. Seterusnya Allah Taala
juga menggalakkan umatnya bersedekah dengan harta kekayaan tersebut.
Islam telah mengutamakan keselamatan harta benda yang
menjadi hak milik mutlak yang dihalalkan kepada setiap orang di dunia ini.
Antara jaminan keselamatan tersebut, Allah Taala melarang keras seseorang itu
melakukan sebarang bentuk tingkah laku yang boleh menggugat keselamatan harta
benda berkenaan.
Beberapa peraturan dan
hukum telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan harta benda supaya tidak
diganggu gugat oleh orang lain. Antara tingkah laku yang menganggu keselamatan
harta benda seperti mencuri, merompak, berjudi, riba, mengurangkan timbangan
dan sukatan, menipu, memakan harta orang lain dengan cara yang tidak halal dan
sebagainya.
MEMELIHARA KETURUNAN
Nasab keturunan
merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam. Hal ini terbukti dalam sejarah
Islam di mana ketika Rasulullah s.a.w telah mengambil seorang anak angkat yang
bernama Zaid bin Haritsah. Anak tersebut dinasabkan oleh orang-orang ketika itu
kepada Nabi dan kemudian Allah menurunkan ayat Al-Quran surah al-Ahzab ayat 4
hingga 5 yang menegur perbuatan menasabkan anak angkat tersebut kepada Nabi.
Dalam
satu hadis Nabi ada mengatakan “ Barangsiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain
ayah kandungnya padahal ia mengetahui bahawa itu bukanlah ayah kandungnya, maka
haram baginya bau syurga” Hadis ini menjelaskan tidak boleh seseorang
menasabkan dirinya kepada orang lain selain ayah kandungnya apabila dia
mengetahui orang itu bukanlah ayah kandungnya dan hukumnya adalah haram. Nasab
merupakan suatu nikmat yang besar kepada manusia yang diturunkan Allah.
Bagi
memelihara keturunan, hukuman hudud akan dikenakan ke atas penzina dan orang
yang menuduh zina atau qazaf. Hal ini kerana, persetubuhan yang dilakukan
sebelum pernikahan akan membenihkan janin dan jika yang melakukan persetubuhan
itu adalah perempuan yang telah berkahwin dengan lelaki yang bukan suaminya,
maka dikhuatiri akan timbulnya kekeliruan nasab keturunan bayi tersebut dan ianya
akan membawa kepada akibat yang buruk pada masa hadapan.
Tambahan
lagi, nasab keturunan juga perlu dijaga demi menjaga maruah atau aib kepada
keluarga mahupun anak itu sendiri. Hal ini kerana, anak yang tidak diketahui
nasabnya atau yang dilahirkan diluar tali pernikahan seringkali sukar untuk
diterima oleh masyarakat dan sering dipandang hina. Walaupun status mereka
adalah anak luar nikah dan tidak diketahui nasabnya, namun ia bukanlah
kesalahan mereka untuk dilahirkan sebegitu.
MEMELIHARA
AKAL
Akal manusia telah sedia
ada wujud sejak mula diciptakan. Maksud memelihara akal dari segi wujud
ini adalah bagaimana cara manusia untuk sentiasa menghidupkan akal, dan
menyuburkannya supaya tidak lumpuh dan beku.
a) Kewajipan menuntut ilmu
Setiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu Allah tidak
kira ilmu dalam bidang apa sekalipun. Ini kerana asas dan sumber kepada setiap
ilmu adalah daripada Allah, dan wajib bagi kita untuk menyandarkan semua yang
telah dipelajari kepada-Nya dengan matlamat untuk mencapai keredhaan Allah di
samping membantu manusia lain. Hadith Nabi dari riwayat yang sahih yang
bermaksud:
"menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan atas
setiap muslim (sama ada lelaki atau perempuan.)"
Orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu pada jalan yang
benar, serta membantu manusia berdasarkan ilmu yang diperolehi akan dikurniakan
nikmat dan ganjaran yang besar dan berterusan daripada Pemilik Segala Ilmu.
b) Menyubur dan meningkatkan ilmu pengetahuan
Kepentingan menghidupkan akal dengan ilmu telah
dibuktikan dengan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan bahawa orang
berilmu akan diberi kebaikan kepada si penuntut ilmu. Hadith Nabi Muhammad
s.a.w berbunyi :
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
yang bermaksud "sesiapa yang Allah inginkan kebaikan
padanya, nescaya Allah menjadikannya faqih pada agamanya."
Ini juga merupakan satu bentuk jaminan bahawa sesiapa
yang menuntut ilmu dan faqih terhadap apa yang dipelajari, maka akan mendapat
kebaikan di dunia dan akhirat dengan izin Allah. Akal yang sihat dan waras akan
sentiasa haus dengan ilmu yang pastinya tidak akan habis. Jika kehidupan tidak
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, maka umat Islam akan terpedaya dengan
kehendak dan tuntutan dunia dan seterusnya merugi dan mensia-siakan nikmat akal
yang telah Allah kurniakan.
Dari Segi 'Adami
Bagaimana cara kita mensyukuri dan memelihara akal
daripada rosak dan tidak berguna?
a) Tidak meminum arak, dadah dan seumpamanya.
Arak diharamkan dalam Islam kerana ia membawa seribu satu
kemudharatan kepada manusia. Bermula dengan khayal, kemudian tidak tahu apa
yang diucap, bertelingkah, bergaduh, bunuh membunuh, berzina dan menghina
Islam. Semuanya dalam keadaan yang tidak terkawal.
Jika difahami, orang yang menjauhi perkara-perkara ini
akan mendapat keuntungan dan kejayaan di sisi Allah. Sebaliknya, orang yang
meminum arak dan berjudi sudah tentu akan gagal dan akan menanggung kemelesetan
dalam hidupnya di dunia.
b) Tidak memikirkan perkara-perkara yang lagha dan
maksiat.
Orang
yang selalu memikirkan dan berkhayal tentang sesuatu perkara yang buruk
(maksiat) boleh menyebabkan matinya akal. Tidak kuat ingatan, sukar untuk
menghafal sesuatu dan sering gagal dalam kehidupan antara beberapa kesan jika
seseorang yang lalai terus dibuai mimpinya. Ilmu itu adalah nur, dan nur tidak
akan masuk ke dalam hati orang yang bermaksiat. Justeru, akal akan mati, iman
akan terkubur.
MEMELIHARA NYAWA
Untuk memelihara nyawa,
al-Quran menetapkan bahawa pembunuh yang sengaja membunuh nyawa orang lain,
diancam dengan hukuman qisas (bunuh balas) mengikut syaratnya. Jika tidak cukup
syarat, tetapi terbukti tertuduh melakukan pembunuhan, mesti dijatuhi hukuman
ta'zir, iaitu hukuman yang jenis dan kadarnya ditentukan hakim.
Hukuman qisas wajar dijalankan, kecuali orang yang bersalah
itu dimaafkan keluarga mangsa atau pun tidak cukup syaratnya. Sebaliknya,
hukuman yang dijatuhkan pengadilan berdasarkan undang-undang perlu
dilaksanakan.
Hukuman mati menjadi sasaran kritik kelompok yang
menamakan diri sebagai pejuang penegak hukum. Mereka menuntut supaya hukuman
mati dihapuskan dengan alasan, cukuplah Tuhan yang mencabut nyawa manusia.
Islam menghargai kepentingan menjaga nyawa. Firman Allah
yang bermaksud:
“Kerana itu (besarnya dosa pembunuhan), Kami telah tetapkan kepada Bani Israel (dan juga bangsa lain), bahawa siapa saja yang membunuh (seorang) manusia, tidak kerana melaksanakan hukuman qisas atau hukuman terhadap pembuat bencana di muka bumi, samalah dengan membunuh seluruh manusia. Siapa yang menolong (seorang manusia) untuk terus hidup, samalah dengan menolong semua manusia untuk hidup bersama.” (Surah al-Maidah, ayat 32)
Penghargaan terhadap nyawa orang lain hanya akan wujud di
kalangan yang meyakini kebenaran ayat ini dan terdidik sejak kecil lagi. Juga
termasuk penghargaan terhadap nyawa, ialah orang yang membunuh diri ditegaskan
dalam hadis sahih, akan kekal di neraka jahanam.
Hukuman itu wajar, kerana orang yang membunuh diri tidak
lagi percaya adanya Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Penolong.
Mereka menghukum diri mereka sendiri terlebih dulu sebelum datangnya hukum
Tuhan.
MEMELIHARA MARUAH
Maksud
Setiap
muslimin wajib menjaga diri dan maruah daripada melakukan perbuatan yang
mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri.
Umat
bermaruah ialahlah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran
islam dan tidak terpengaruh dengan unsur asing yang merosakkan.
Antara
kepentingan menjaga maruah diri :-
- Untuk mendapat keredaan Allah S.W.T
- Untuk memelihara maruah diri dan keluarga.
- Untuk menghindari diri daripada perkara-perkara
yang tidak diingini.
Cara
menjaga maruah diri
1.
Cara berpakaian
- Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang.
- Pakaian kemas dan bersih.
- Tidak memakai pakaian berlambang yang diharamkan
seperti lambing black metal, ajaran sesat, agama lain dan lain-lain.
2.
Cara Pergaulan
- Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan
saudara Islam (dalam batasan syarak).
- Menjaga tatasusila dan hukum syarak dalam pergaulan.
- Hormat
menghormati, berkasih saying dan beramah mesra sesame manusia.
- Bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
- Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
- Menjaga hati sahabat dalam perkara kebaikan.
3.
Cara percakapan
- Bercakap perkataan yang baik. Lebih baik diam dari
berkata sesuatu yang tidak sesuai.
- Berlemah-lembut dan bersopan dalam berinteraksi.
- Percakapan yang menyenangkan.
- Bercakap tentang perkara yang mendatangkan faedah diri,
masyarakat dan negara.
- Bercakap benar.
Akibat
tidak menjaga diri dan maruah
- Kehidupan tidak diberkati.
- Mendapat dosa.
- Dipulau
oleh rakan dan masyarakat.
- Mendorong melakukan jenayah seperti rogol dan sumbang
mahram.
- Masyarakat kucar kacir dan negara tidak aman.
- Masyarakat akan memandang rendah dan menghina orang
yang tidak bermoral.
Hikmah
menjaga diri dan maruah
- Kehidupan diberkati Allah.
- Mendapat pahala.
- Akan disayangi, disukai dan disanjung oleh rakan dan
masyarakat.
- Boleh
membendung kejadian jenayah.
- Melahirkan masyarakat sejahtera,bersatu padu dan negara
aman.
KESIMPULAN
Syariah Islam adalah
peraturan yang diturunkan Allah kepada seluruh umat manusia sebagai panduan
hidup dalam menempuh kehidupan. Keperluan terhadap satu satu panduan yang serba
lengkap adalah satu kemestiaan kerana manusia adalah makhluk yang dicipta serba
kekurangan. Peraturan dalam syariah Islam banyak mengatur kehidupan manusia
agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Kejayaan dan kebahagiaan yang menjadi buruan manusia bukan dihitung berdasarkan
kepada pencapaian kemajuan di dunia semata-mata.
Syariah Islam bertujuan untuk memelihara kepentingan
manusia khususnya menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Manusia
kadangkala lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengejar cita-cita.
Manusia hanya mementingkan diri sendiri kerana godaan nafsu dan perasaan.
Oleh itu matlamat syariah (maqasid al-syariah) boleh dijadikan panduan agar
manusia tidak mengabaikan kepentingan dan hak orang lain dalam mengejar
cita-cita.
Pengamalan dan penghayatan objektif umum syariah secara
menyeluruh seperti keadilan sejagat, persamaan, mempermudahkan dan
menghindarkan kesusahan dan sebagainya merupakan satu petunjuk dan panduan
kepada manusia dalam pengurusan dan pembangunan ummah. Pembangunan ummah adalah
satu bentuk pembangunan bersepadu yang mengambil kira pembangunan fizikal dan
spiritual. Kedua-kedua aspek pembangunan ini memerlukan satu sama lain. Tanpa
ada pembangunan fizikal umat Islam juga tidak mampu mewujudkan pembangunan
spiritual dan begitu juga sebaliknya.
RUJUKAN
Al-Quran
al-Karim.
Abdul Halim El-Muhammady. (1993). Perkembangan Undang-undang Islam Dari ZAMAN Rasulullah SAW Hingga Zaman Penjajahan Barat.
Selangor : Budaya Ilmu
Sdn. Bhd.
'Ali 'Ali Mansur. (1970). Muqaranat Bayn al-Syariah al-Islamiyyah wa al-Qawanin al-Wad'iyyah.
Bayrut:
Dar al-Fath.
Al-Asymawi, Muhammad Sa'id. (1996). Al-Syari'ah al-Islamiyyah wa al-Qanun al-Misri.
Mesir
: Maktabah Madbuli al-Saghir.
al-Fasyy,' Alal. (1966). Maqasidal-Shari'ah al-lslamiyyah wa makarimuha.
Dar al-Bayda': Maktabat al-Wihdah al-'Arabiyyah.
No comments:
Post a Comment